BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kes kehilangan Pamela: SPRM serah kepada pihak polis

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan kes seorang wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu.

Menurut kenyataan SPRM, wanita yang dikenali sebagai Pamela Ling Yueh itu dilaporkan hilang pada hari beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM.

Kenyataan media oleh SPRM berhubung kes kehilangan Pamela. 

Beliau dipanggil bagi membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

“Bagaimanapun, wanita terbabit gagal hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada tarikh tersebut serta peranti komunikasinya juga tidak dapat dihubungi oleh pegawai SPRM.

“Satu laporan polis telah dibuat pada hari kehilangannya oleh peguam yang mewakili wanita itu,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, SPRM memaklumkan bahawa segala usaha untuk mengesan wanita berkenaan kini telah diserahkan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang telah dibuat.

SPRM turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat daripada sumber yang tidak sahih serta memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button