SPRM raih 2 anugerah di Hari Inovasi JPM 2026
CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus membuktikan komitmen terhadap pengurusan tadbir urus kewangan dan inovasi apabila berjaya meraih dua anugerah berprestij sempena Program Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2026 yang berlangsung di Cyber Event Hall, Cyberjaya semalam.
SPRM dianugerahkan Anugerah Penarafan Amalan Terbaik Pengurusan Perakaunan PTJ JPM Tahun 2025 hasil pencapaian cemerlang dalam aspek pengurusan kewangan.
Antara kriteria penilaian termasuk pematuhan tatacara kewangan melalui naziran Prestasi bil dan penghantaran Dokumen Akaun Terimaan (DAT), Sijil pengesahan baki serta Kertas Kerja Sokongan (KKS) penutupan akaun latihan kewangan dan akaun yang dilaksanakan di SPRM.
Dalam majlis sama, Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) SPRM turut meraih Gangsa bagi Anugerah Inovasi JPM 2026 melalui projek Inovasi Bilik Mesyuarat Pintar.
Projek tersebut sebelum ini telah menerima Anugerah Khas Pilihan Juri bagi Innovative Meeting Room dalam Anugerah Inovasi SPRM 2025.
Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, kepada dua wakil SPRM iaitu Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Datuk Idris Zaharudin, mewakili Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan, Akaun dan Pembangunan (BKAP), Aiwan Ismail.
Sementara itu, Idris menegaskan, kejayaan itu sebagai tanda komitmen pengurusan tertinggi SPRM serta sokongan warga kerja dalam memastikan kepelbagaian peranan serta pengurusan kewangan yang terancang agar ianya dapat menjadi contoh kepada masyarakat mengenai tahap tadbir urus yang baik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







