JENAYAH & MAHKAMAH

Empat penjawat awam antara tujuh ditahan terlibat sindiket import ayam sejuk beku

PUTRAJAYA – Seramai tujuh individu termasuk empat penjawat awam ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket import ayam sejuk beku tidak sah di Sabah melibatkan elemen rasuah pegawai pihak berkuasa sebuah pelabuhan di negeri itu.

Menurut sumber, tujuh individu terbabit direman hingga 15 Ogos selepas Majistret Marilyn Kelvin membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, pagi tadi.

“Ops Chick oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah serta Kastam Sabah semalam telah menyita 10 kontena ayam sejuk beku diimport dari China dan Poland secara tidak sah,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Laporan media semalam menyebut, SPRM berjaya menumpaskan satu sindiket import ayam sejuk beku tidak sah di Sabah dan menahan tiga lelaki berusia 30-an hingga 50-an yang dipercayai berperanan sebagai ejen penghantaran serta pengurus syarikat.

Siasatan awal mendapati, kontena berisi ayam itu diisytiharkan secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button