BERITA SEMASA

Malaysia-Lubnan terus perkukuh hubungan pertahanan

BEIRUT – Hubungan pertahanan antara Malaysia dengan Lubnan perlu terus diperkukuh walaupun penugasan Batalion Malaysia (MALBATT) di negara itu akan berakhir tidak lama lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan kedua-dua negara menerusi pelbagai bidang, termasuk pertahanan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dan mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Anwar Udzir.

Menurutnya, sejak Malaysia mula terlibat dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sekitar 2007, kedutaan berkenaan turut memainkan peranan dalam memberikan sokongan serta memudah cara penugasan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negara itu.

“Walaupun penugasan MALBATT di sini akan berakhir tidak lama lagi, hubungan pertahanan perlu terus diperkukuh, termasuk menerusi peranan Kedutaan demi manfaat kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan.

MALBATT- 850-13 kini dianggotai 532 anggota Malaysia yang berkhidmat bersama UNIFIL sekaligus menyumbang kepada usaha menjaga keamanan antarabangsa di Lubnan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button