BERITA SEMASA

Kerajaan teliti cadangan letakkan SPRM di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti cadangan memasukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah agensi penguatkuasaan di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ramkarpal Singh berkata, berdasarkan tafsiran agensi penguatkuasaan di bawah Akta Agensi Penguatkuasaan 2009, mana-mana agensi penguatkuasaan yang menepati kriteria boleh sertakan di bawah jadual akta tersebut.

“Justeru, cadangan SPRM diletakan di bawah Jadual 700 kini sedang diteliti secara mendalam dari pelbagai sudut.

“Satu nota Jemaah Menteri telah dikemukakan kepada Kabinet pada 19 April lalu untuk membincangkan hala tuju isu penyerapan SPRM dalam EAIC ini dan satu Jawatankuasa Pro-tem telah ditubuhkan.

“Selain daripada itu, pada 2 Mei satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan juga dihadiri Pesuruhjaya EIAC, SPRM, Peguam Negara bagi mendapatkan pandangan tentang isu yang dibangkitkan,” kata Ramkarpal, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PH) yang ingin tahu adakah kerajaan mahu meletakkan SPRM di bawah EAIC sebagai langkah mewujudkan badan bebas serta mempunyai kuasa kawalan tatatertib efektif untuk meningkatkan integriti dalam kalangan penguatkuasa dan agensi penguatkuasaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button