BERITA SEMASA

Syed Saddiq berjaya kumpul RM160,000, tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, menerusi ‘Langkah Muar’, yang bermula sejak Jumaat lalu.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu tiba di Parlimen kira-kira pukul 9.30 pagi ini selepas menamatkan larian solonya sejauh 200 kilometer iaitu dari Muar ke Parlimen.

“Ini merupakan gerakan untuk menuntut keadilan bagi peruntukan kawasan Parlimen pembangkang yang dinafikan sekian lama.

“Ini bukan satu desakan tetapi berdasarkan kepada prinsip keadilan, tidak agama, bangsa atau sokongan politik.

“Bantuan peruntukan perlu disalurkan kepada semua tidak kira kawasan pembangkang atau sebaliknya,” katanya selepas menamatkan misi Langkah Muar di luar Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq sebelum ini dilaporkan berkata, objektif utama larian itu adalah bagi menuntut peruntukan Ahli Parlimen RM4 juta setahun atau RM20 juta satu penggal.

Selain itu, larian tersebut juga adalah untuk mengutip dana RM100,000 bagi memastikan Pusat Khidmat Muar kekal beroperasi bagi membantu rakyat yang memerlukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button