Lelaki meninggal dunia akibat terjatuh dari pokok petai
BALING – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari pokok petai di sebuah kebun di Kampung Bukit Hijau, Kupang dekat sini, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran sebatang pokok petai di kebun berkenaan yang dimiliki bapa saudara mangsa.
“Polis menerima panggilan pada 12.22 tengah hari dan Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa yang dipercayai terjatuh semasa mengait petai di situ,” katanya dalam kenyataan.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








