Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam bas
TANGKAK – Perjalanan penumpang sebuah bas henti-henti ke bandar Muar tergendala apabila seorang wanita warga emas ditemukan mati ketika dalam perjalanan di Bukit Gambir, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemandu bas berhubung seorang wanita yang didapati tidak sedarkan diri di tempat duduk pada pukul 10.45 pagi.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa berusia 64 tahun menaiki bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke Muar.
“Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Gambir telah dihubungi dan hasil pemeriksaan mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia.
“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tangkak dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat masalah jantung,” katanya memetik laporan Metro Online.
Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9785222 bagi membantu siasatan.
“Dalam masa sama, IPD Tangkak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian ini,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








