Bekas ‘wedding planner’ Zurin Jundi meninggal dunia, kenalan diminta halal hutang
KUALA LUMPUR – Bekas perancang perkahwinan dikenali sebagai Zurin Jundi atau nama sebenarnya, Zurina Ahmad Jundi, 43, dilaporkan meninggal dunia.
Bagaimanapun, berita pemergiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan bekas pelanggan serta individu yang pernah berurusan dengannya.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Facebook oleh Faiqah Mohd Fauzi yang juga seorang jurusolek dan pernah bekerja di bawah Butik Zurin Jundi.

Menurutnya, beliau mewakili arwah memohon agar segala hutang serta kesilapan lalu dapat dihalalkan, susulan isu pengurusan perniagaan yang didakwa menyebabkan ramai pelanggan menjadi mangsa.
“Salam, dukacita dikhabarkan bekas wedding planner Zurin Jundi telah kembali ke rahmatullah.
“Saya sebagai makeup artist yang pernah bekerja di bawah Butik Zurin Jundi ingin mewakili arwah supaya mohon dihalalkan segala hutang beliau atas kesilapan terdahulu.
“Majlis perkahwinan saya juga dari butik arwah, arwah buat sehabis baik, namun tersilap percaturan bisnes menjadi teruk dan ramai pengantin menjadi mangsa,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar mangsa yang masih mempunyai tuntutan boleh cuba menghubungi waris arwah bagi menuntut semula hutang berkenaan.
“Kepada mangsa-mangsa, boleh cuba cari dan hubungi waris untuk tuntut hutang. Saya sendiri tidak berjaya dapat semula, jadi saya selesaikan sahaja di sini.
“Semoga ada rezeki yang Allah gantikan,” katanya lagi.
Hantaran itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang memaklumkan telah menghalalkan segala urusan demi mengelakkan pertemuan di akhirat kelak.
Seorang pengguna dikenali sebagai Makanan Terengganu berkata, beliau telah memaafkan arwah ketika menziarahi jenazah dan berharap keluarga tampil menjelaskan perkara sebenar kepada semua mangsa.
Namun, terdapat juga mangsa yang masih sukar menerima perkara itu dan berpendapat isu hutang sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu oleh waris, bukan sekadar meminta orang ramai menghalalkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








