Pak Lah, bekas PM ke-5 meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7.10 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di ruangan InstaStory hari ini.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 pm di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
“Al Fatihah,” menurut hantaran itu hari ini.
Tun Abdullah yang dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang pernah menjawat jawatan Menteri Pertahanan, Menteri Luar Negeri, Menteri Dalam Negeri, Timbalan Perdana Menteri.
Allahyarham yang popular dengan panggilan Pak Lah dilantik menjadi perdana menteri pada 2003 dan memperkenalkan pembangunan konsep Islam Hadhari.
Allahyarham juga merupakan pemimpin yang memulakan projek pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor yang ada sekarang.
Tun Abdullah mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada April 2009 dan menyerahkan kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








