Jurubahasa isyarat RTM Abby Tan meninggal dunia, Fahmi ucap takziah
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohammad Fadhil Tan Razman Tan yang meninggal dunia hari ini.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Abby Tan dilaporkan sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Mac lalu.
Dalam satu kenyataan, Fahmi berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada warga RTM dan komuniti orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang sering mendapat manfaat daripada khidmatnya.
“Semoga keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.
“Takziah juga kepada rakan-rakan di RTM, khususnya di Bahagian Berita Ehwal Semasa.
“Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








