Bekalan minyak negara kekal stabil sehingga Jun
PUTRAJAYA – Bekalan minyak mentah utama negara bagi bulan Mei dan Jun masih berada pada tahap memuaskan meskipun dunia berdepan ketegangan geopolitik susulan penutupan Selat Hormuz ketika ini.
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam dengan jaminan bahawa bekalan utama kepada Petronas masih stabil.
“Setakat makluman semalam, bekalan utama untuk pihak Petronas berada pada kadar yang memuaskan bagi bulan Mei dan Jun, dan Insya-Allah tidak ada masalah,” katanya dalam sidang media hari ini.
Namun beliau berkata, kerajaan memberi perhatian serius terhadap kesan kenaikan harga global melibatkan minyak mentah serta produk petroleum seperti RON95 dan diesel susulan situasi semasa di Selat Hormuz.
Menurutnya, beberapa langkah berkaitan BUDI RON95, BUDI Diesel dan BUDI Individu sedang diteliti bagi memastikan kestabilan bekalan serta mengurangkan kesan terhadap rakyat.
Setakat ini, katanya, belum ada perkembangan terbaharu mengenai kapal-kapal ditempah oleh syarikat Malaysia yang masih terkandas di Selat Hormuz akibat sekatan yang berlaku.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








