Fahmi Fadzil tegur pengguna Facebook sebar hantaran palsu
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegur seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Syafinas Abu Bakar agar tidak menjadikan fitnah sebagai kandungan harian di media sosial.
Beliau berkata demikian susulan tular satu hantaran di media sosial yang dikaitkan dengan dirinya, yang didakwa menyentuh isu berkaitan TikTok dan kesan kenaikan harga terhadap peniaga serta promoter.
“Harap Syafinas Abu Bakar insaf. Jangan jadikan fitnah makanan ruji harian,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, individu berkenaan memuat naik satu kenyataan di akaun media sosial miliknya dengan kapsyen yang mendakwa keadaan semasa memberi kesan kepada penjual sehingga terpaksa menaikkan harga jualan bagi mengekalkan margin keuntungan, sambil menyifatkan situasi itu sebagai ‘silent killer’.
Sementara itu, Media Prima dalam satu kenyataan menegaskan hantaran yang mengaitkan Fahmi dengan isu TikTok adalah palsu, direka dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut Media Prima, tangkap layar yang tular itu merupakan fitnah semata-mata dan tidak pernah dikeluarkan atau disiarkan melalui mana-mana saluran rasmi kumpulan media berkenaan.
“Sehubungan itu, Media Prima telah membuat satu laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan,” menurut kenyataan tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








