BERITA SEMASA

86.9 peratus responden bersetuju dengan Malaysia Madani – Fahmi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 86.9 peratus daripada 8,860 responden di seluruh negara bersetuju dengan konsep Malaysia Madani.

Dapatan tersebut merupakan hasil kaji selidik yang dijalankan Jabatan Penerangan kira-kira lima bulan lepas.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kaji selidik tersbeut turut mendapati, 68.1 peratus responden menyatakan bahawa mereka memahami konsep berkenaan.

“Ini adalah petanda positif… di pihak kementerian kita ambil maklum dan berusaha untuk memastikan bahawa ia bukan seperti Yang Berhormat Senator katakan tadi, sekadar retorik.

“… ini memang jelas daripada usaha dan ikhtiar kerajaan dari segi ekonomi, menjaga tatasusila dalam kalangan masyarakat, keharmonian, perpaduan, keutuhan masyarakat itu sendiri dan diterjemah lebih daripada semata-mata slogan atau konsep. Alhamdulillah pada waktu ini, hasil ekonomi dan pelaburan yang masuk dan sebagainya memang jelas ia mendatangkan hasil yang positif kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad di Dewan Negara hari ini.

Dalam soalannya, Dr Azhar bertanyakan mengenai hasil usaha kerajaan bagi menyebarkan informasi serta kefahaman kepada rakyat mengenai konsep Malaysia Madani.

Fahmi kemudiannya menambah, hasil kaji selidik Jabatan Penerangan pada 28 Januari hingga 5 Februari lepas, iaitu kira-kira seminggu selepas Malaysia Madani diperkenalkan dan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak 79.9 peratus daripada 8,860 responden mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button