BERITA SEMASA

Kementerian kaji cadangan adakan Hari Muzik Negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi sedang meneliti cadangan mewujudkan Hari Muzik Negara bagi meraikan keupayaan dan kepelbagaian bakat pemuzik tempatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu antara yang akan dibawa kepada Jemaah Menteri selepas kajian menyeluruh terhadap industri muzik tempatan selesai dijalankan, lapor Buletin TV3.

“Dalam banyak bidang seni, kita dapati industri muzik masih belum mempunyai akta tersendiri. Sejak tahun lalu, saya sudah meminta MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi meneliti kewajaran untuk mewujudkan satu akta khas bagi industri ini,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada ditemui pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan RIUH x ASEAN di Stadium Merdeka, di sini hari ini.

Beliau enambah, kajian berhubung industri berkenaan sudah diselesaikan dan perbincangan dalaman akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menentukan hala tuju dasar baharu serta pelaksanaan cadangan berkaitan.

“Saya jangkakan dalam satu atau dua minggu ini, kita akan adakan perbincangan dalaman sebelum membentangkan hala tuju industri muzik dan cadangan untuk sambutan Hari Muzik Negara kepada Jemaah Menteri,” katanya.

Jelas Fahmi, penubuhan Hari Muzik Negara bukan sahaja sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan pemuzik tempatan, tetapi juga sebagai wadah menyatukan pemain industri dari pelbagai latar serta genre dalam satu sambutan nasional.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button