Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di empangan Pasir Gudang
PASIR GUDANG – Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex di sini semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I, Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.36 malam.
Menurut beliau, sepasukan anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Sebaik tiba di lokasi, PKO dimaklumkan mengenai kehilangan dua kanak-kanak yang dipercayai berada di kawasan empangan tersebut sejak petang.
“Bapa kepada salah seorang mangsa memaklumkan anaknya dikhuatiri lemas selepas menemui sebuah basikal dan sepasang selipar di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan menumpukan pencarian di sekitar kawasan empangan.
Setakat ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan usaha mengesan mereka diteruskan oleh pasukan penyelamat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








