Kanak-kanak cedera dipukul bapa saudara dengan tukul masih ditidurkan
KOTA BHARU – Kanak-kanak lelaki yang cedera parah akibat dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya kelmarin, menerima lebih 50 jahitan di bahagian kepala dan masih ditidurkan.
Menurut bapa mangsa, Muhammad Badrul Remli, 31, setakat ini luka pada kepala anaknya, Muhammad Ammar, 7 tahun hanya dijahit dan tidak melalui sebarang pembedahan kerana darah masih keluar daripada tempurung kepala yang retak di beberapa bahagian.
“Keadaan anak masih kritikal, 50-50, kalau ikutkan imbasan (scan) tempurung kepala anak retak 50 peratus dan ada bengkak pada otak.
“Saya harapkan ada keajaiban untuk kesembuhan anak,” katanya kepada Buletin TV3 ketika ditemui di HPUSM, Kubang Kerian.
Kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat.
Selepas bertindak ganas, lelaki berusia 46 tahun itu melarikan diri ke Pantai Melawi kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian sebelum ditemukan meninggal dunia dengan di pantai berkenaan.
Muhammad Badrul kemudian memberitahu, setakat ini masih berlaku pendarahan pada kepala anak sulungnya itu.
Namun katanya, anaknya ada menunjukkan sedikit reaksi dengan menggerakkan kepala, petangs semalam.
“Untuk kakak pula, polis sudah bebaskan jam 4 petang semalam, (sebelum ini) dia ditahan untuk bantu siasatan.
“Menurut kakak, suspek (abang ipar Muhammad Badrul) kelihatan gelisah dan tidak tidur sejak dua minggu lalu sebelum berlakunya kejadian dia memukul anak saya dengan tukul.
“Saya dan keluarga juga tidak sangka perkara ini akan berlaku, namun buat masa ini kami harapkan doa orang ramai untuk kesembuhan anak,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








