BERITA SEMASADALAM NEGERIKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Literasi digital diperkasa menerusi KIS Wilayah Utara

Program anjuran Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini telah dihadiri lebih 1,800 peserta, termasuk pelajar daripada 22 buah sekolah, guru, ibu bapa, pemimpin komuniti serta wakil pelbagai agensi berkepentingan.

LANGKAWI – Pelancaran Kempen Internet Selamat (KIS) Wilayah Utara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka di sini, hari ini bertujuan memperkukuh literasi digital dan membentuk komuniti digital yang beretika dan berdaya tahan.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu iadalah sebahagian daripada pendekatan strategik untuk melindungi generasi muda daripada pelbagai ancaman siber yang semakin kompleks, termasuk buli dalam talian, penipuan digital, perjudian atas talian serta eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

“Pendidikan digital perlu bermula dari akar umbi. Kita mahu setiap lapisan masyarakat, terutamanya kanak-kanak dan remaja, memahami risiko dan tahu cara melindungi diri dalam dunia digital,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian hari ini.

Tambah beliau, program itu akan diperluas ke seluruh Wilayah Utara meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 peserta sepanjang tahun ini.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena kempen tersebut, antaranya sesi taklimat dan aktiviti interaktif menerusi Modul Keselamatan Internet yang direka khas untuk kanak-kanak berusia bawah 13 tahun, selain perkongsian ilmu berkaitan keselamatan digital kepada para guru dan ibu bapa.

Turut memeriahkan program ialah pertandingan Choral Speaking bertemakan keselamatan internet dan pertandingan Menu Viral yang mengetengahkan amalan penggunaan Internet secara 3S – Semak Sebelum Sebar.

Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa; Anggota Suruhanjaya MCMC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin; Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Mohd Kamil Haji Hashim serta Guru Besar SK Ulu Melaka, Rizal Mohd Yusof.

Menurut Mohamad Fauzi, pendekatan inklusif yang diambil dalam penganjuran kempen itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan siber menjadi tanggungjawab bersama.

“Kita mahu wujudkan budaya digital yang sihat di mana pengguna tahu hak, tanggungjawab serta batas ketika berinteraksi secara maya,” katanya.

Kempen itu merupakan salah satu langkah proaktif negara dalam memastikan keselamatan digital terus menjadi keutamaan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button