MCMC keluarkan 279 Arahan Suruhanjaya bagi tangani kualiti perkhidmatan mudah alih
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan 279 Arahan Suruhanjaya kepada beberapa penyedia perkhidmatan mudah alih dalam negara.
MCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata, notis arahan itu dikeluarkan susulan pemantauan berterusan pihaknya yang mendapati terdapat penyedia perkhidmatan yang gagal memenuhi piawaian minimum ditetapkan.
“Ketidakpatuhan dikesan di pelbagai lokasi, termasuk kawasan bandar dan luar bandar yang memberikan kesan langsung terhadap kualiti pengalaman pengguna,” kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut memberitahu, 154 arahan dikeluarkan kepada YTL Communications, diikuti CelcomDigi (50), TM Technology Services (38), U Mobile (27) dan Maxis (10).
Jela MCMC, arahan tersebut selaras dengan Penentuan Suruhanjaya No. 2 Tahun 2023 bagi menangani ketidakpatuhan terhadap Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) untuk perkhidmatan akses jalur lebar tanpa wayar.
Antara aspek yang dinilai dalam MSQoS termasuk kelajuan muat turun (download speed), kependaman rangkaian (network latency), kehilangan paket (packet loss), ketersediaan perkhidmatan (service availability), masa capaian laman web (web browsing session time) dan masa capaian penstriman video (video streaming access time).
“Penyedia perkhidmatan yang gagal mengambil tindakan penambahbaikan dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan penalti kewangan hingga RM500,000 bagi setiap ketidakpatuhan, seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 105(5) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta A1743),” kata MCMC lagi.
Sejak 2022, MCMC berkata sebanyak 984 Arahan Suruhanjaya telah didaftarkan iaitu sebanyak 229 pada 2020, 208 arahanan pada 2023 diikuti 547 arahan pada 2025.
Tiada arahan dikeluarkan pada 2024 kerana kelulusan hanya diperoleh pada awal 2025.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







