MCMC sita telefon, rakam percakapan individu kes disyaki hina institusi diraja
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu dan menyita sebuah telefon bimbit berserta eSIM bagi membantu siasatan berhubung kandungan media sosial yang disyaki menghina institusi diraja Negeri Sembilan.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan dimulakan susulan aduan berhubung kandungan yang dimuat naik menerusi platform Threads yang didakwa menyentuh isu berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Percakapan individu terbabit dirakam di Balai Polis Labu bagi mendapatkan maklumat dan mengenal pasti fakta berkaitan kes berkenaan.
Satu unit telefon bimbit berserta eSIM turut disita untuk tujuan analisis forensik bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.
MCMC turut meneliti aspek penyebaran kandungan berkenaan menerusi platform media sosial dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan berkaitan sekiranya terdapat unsur kesalahan lain yang memerlukan tindakan di bawah undang-undang berkuat kuasa.
“Kebebasan bersuara hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab, berlandaskan undang-undang serta menghormati institusi diraja.
Menurutnya, sebarang tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan fakta, bukti dan proses perundangan yang sewajarnya,” tegas MCMC.
Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








