MCMC siasat video pementasan 2018 yang tular di media sosial
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video pementasan yang tular di media sosial dan didakwa mengandungi kandungan menyentuh institusi Raja, Malaysia serta Rukun Negara.
MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, semakan awal mendapati rakaman berkenaan berasal daripada sebuah pementasan yang berlangsung pada 2018, namun kini kembali tersebar di media sosial.
Menurut MCMC, beberapa akaun media sosial dan individu berkaitan telah dikenal pasti bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
“MCMC turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melengkapkan siasatan, termasuk berkaitan bukti digital,” katanya hari ini.
Menurut MCMC, orang ramai pada masa sama dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan mengenai individu yang dikaitkan dengan video berkenaan.
Menurut MCMC, langkah itu penting bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan yang sedang berlangsung.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








