BERITA SEMASAPMX

PM singgah KL Night Street, santuni peniaga dan penduduk

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni penduduk setempat dan peniaga di KL Night Street, Sri Rampai, di sini malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau sempat singgah di lokasi berkenaan sebelum pulang ke kediamannya selepas tiba di Kuala Lumpur.

anwar
Anwar menyantuni pemuzik jalanan di KL Night Street.

Menurut beliau, kunjungan itu memberi peluang untuk bertemu orang ramai termasuk kanak-kanak dan golongan muda, selain mendengar sendiri pandangan serta aduan daripada para peniaga.

“Saya juga mendengar sendiri pandangan serta aduan daripada para peniaga.

“Insya-Allah, saya ambil maklum dan akan teliti apa yang boleh dilakukan untuk menambah baik kemudahan serta keadaan mereka berniaga,” katanya.

Dalam kunjungan itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada penggiat muzik jalanan atau busker yang menghiburkan beliau dengan persembahan lagu Azizah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button