BERITA SEMASA

Banjir: Pejabat MCMC Perlis ditutup sementara

KANGAR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan pejabat MCMC Perlis terpaksa ditutup sementara selepas paras air di kawasan berdekatan terus meningkat sejak pagi tadi.

Menurut MCMC, penutupan tersebut dilakukan bagi memastikan keselamatan kakitangan serta melindungi aset pejabat daripada risiko kerosakan akibat banjir.

“Walau bagaimanapun, perkhidmatan kepada orang ramai masih diteruskan secara dalam talian dan melalui saluran komunikasi alternatif.

“Orang awam yang perlu berurusan dengan pejabat tersebut boleh menghubungi talian 04-970 8000 atau menghantar e-mel kepada prso@mcmc.gov.my.

“Untuk sebarang aduan, pengguna boleh menghubungi aduanskmm@mcmc.gov.my atau mengemukakan laporan melalui portal rasmi Aduan MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu MCMC turut menasihatkan orang ramai di kawasan terjejas agar mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh banjir.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button