BERITA SEMASA

Ketua Pemuda Amanah Johor dipilih calon PH di Maharani

JOHOR BAHRU – Ketua Pemuda AMANAH Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman dipilih oleh Pakatan Harapan (PH) bagi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Menurut Taqiuddin, pencalonan itu merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikulnya.

“Sebagai anak jati Muar, tempat saya dibesarkan dan mendapat pendidikan, sudah semestinya iltizam saya dari awal lagi, mahu berbakti dengan sepenuh hati untuk Maharani.

“Untuk itu saya memulakan langkah, menerima dengan insaf pencalonan ini dan akan terus menyantuni masyarakat di Maharani,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Sementara itu beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kepimpinan Parti AMANAH dan PH atas kepercayaan yang diberikan.

“Insya-Allah saya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Maharani menjadi milik PH dalam PRN kali ini.

“Tanpa melengahkan walau sesaat, ayuh semua, kita bekerja keras untuk pastikan PH menang di Maharani, menang di Johor keseluruhannya,” katanya.

Pada PRN 2022 yang lalu, calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Aziz Talib memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,037 undi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button