Dua pemilik syarikat antara 4 didakwa kes tuntutan palsu PERKESO
SHAH ALAM – Dua pemilik syarikat merupakan antara empat individu dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan berasingan mengemukakan tuntutan palsu dan bersubahat bagi mendapatkan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lalu.
Ong Chi Wei, 49; Chiang Hon Wai, 44; Hoh Mei Ling, 50; dan Teng Mei Chei, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Bagi kes pertama, Chi Wei selaku pemilik syarikat AVG Autopart Supply dikenakan enam pertuduhan kerana didakwa mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kepada PERKESO untuk mendapatkan bayaran insentif penggajian majikan di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 dengan mengemukakan senarai pekerja yang bekerja di syarikat tersebut.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama.
Hon Wai pula selaku ejen syarikat AC Engineering didakwa atas enam pertuduhan keana bersubahat dengan Chi Wei dan didakwa mengikut Seksyen 28(I)(c) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Mei Chei selaku pemilik Maymay Delicious Homemade Enterprise didakwa atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009
Manakala Mei Ling yang bertugas sebagai pegawai pemasaran dan jualan didakwa atas tiga pertuduhan keana bersubahat dengan Mei Chei dan didakwa mengikut Seksyen 28(I)(c) Akta SPRM 2009.
Mahkamah kemudian membenarkan Chi Wei diikat jamin sebanyak RM15,000, Hon Wai dan Mei Ling (RM15,000) dan Mei Chei (RM5,000).
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 Oktober bagi Chi Wei, Hon Wai dan Mei Ling manakala kes melibatkan Mei Chei ditetapkan pada 29 Ontober depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








