SPRM nafi terdapat salah laku anggotanya ketika tahan Albert Tei
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan terdapat salah lalu dalam tindakan pegawainya ketika serbuan serta penahanan ahli perniagaan, Albert Tei.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata segala bukti termasuk rakaman video oleh anggota dan daripada kamera badan akan dikemukakan sekiranya kes berkenaan dibawa ke mahkamah.
“Pegawai kami dilengkapi pelbagai alat rakaman dan semuanya direkodkan. Kami turut memiliki rakaman litar tertutup (CCTV) dari rumah (Albert Tei) berkenaan dan ia juga sudah diserahkan kepada polis.
“Rakaman ini akan menolak semua dakwaan (tidak berasas) yang dibuat,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.
Ditanya mengenai tindakan SPRM menyerbu kediaman Tei dan menahannya, Azam berkata, perkara berkenaan berkemungkinan berubah dalam siasatan apabila ia membabitkan kes berprofil tinggi.
Katanya, apabila ada keperluan serta asas untuk individu berkenaan dipanggil lebih awal, maka pegawai penyiasat mengarahkannya untuk hadir bagi membantu siasatan.
“Oleh kerana beliau enggan untuk bekerjasama dan saya ingin menyatakan bahawa segala bentuk prosedur sari segi penggeledahan notis kepada beliau untuk hadir tidak dipatuhinya.
“Maka tindakan mengambil beliau di rumah terpaksa dijalankan oleh SPRM, jadi tindakan dari segi pengubahan tarikh dan sebagainya adalah satu perkara yang biasa,” katanya.
Tegas beliau, SPRM bertindak sepenuhnya mengikut prosedur undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang siasatan dijalankan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







