PM arah siasatan segera kemalangan tragis korbankan tiga sekeluarga
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Imigresen (JIM) supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung insiden kemalangan tragis yang mengorbankan tiga sekeluarga, awal pagi tadi.
Anwar dalam satu hantaran di di Facebook, turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden berkenaan.
BACA JUGA:
Tiga sekeluarga maut dilanggar lori Imigresen di simpang Maju Junction
“Salam takziah buat mereka yang terkorban dalam insiden tragis ini.
“Saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh. Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi.
“Al-Fatihah,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan, tiga sekeluarga maut selepas dilanggar lori Jabatan Imigresen yang terbabas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di ibu negara, awal pagi tadi.
Mereka yang maut dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu ialah lelaki berusia 53 tahun dan dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 dan 12 tahun.
Manakala, seorang lagi ahli keluarga iaitu wanita berusia 55 tahun yang juga isteri dan ibu kepada dua anak perempuan terbabit cedera di kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






