Polis rakam keterangan beberapa individu kes pelajar 13 tahun jatuh bangunan sekolah
KULIM – Polis sedang merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pelajar berkenaan masih menerima rawatan di Hospital Kulim.
“Polis sedang mengambil keterangan beberapa individu dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, mangsa dipercayai terjatuh ketika waktu rehat sebelum ditemui terbaring di lantai berhampiran tangga Blok E sekolah berkenaan.
Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang guru lelaki berusia 48 tahun.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








