JENAYAH & MAHKAMAH

Insiden pelajar jatuh bangunan, polis kumpul keterangan saksi

IPOH – Polis mengesahkan insiden seorang pelajar berusia 13 tahun terjatuh daripada bangunan sebuah sekolah menengah, di sini petang tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira pukul 2.49 petang sebelum anggota polis dan pasukan perubatan dihantar ke lokasi kejadian.

BACA JUGA:
Pelajar Tingkatan Satu dipercayai parah jatuh bangunan sekolah

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden.

“Setakat ini, polis masih mengumpul keterangan daripada saksi-saksi serta meneliti semua aspek yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Justeru, orang ramai dinasihat tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian itu.

Polis turut memohon supaya privasi mangsa, keluarga serta pihak sekolah dihormati sepanjang tempoh siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button