
Banjir Turkiye, angka kematian dijangka meningkat
ISTANBUL – Sekurang-kurangnya dua maut dalam kejadian banjir kilat susulan hujan lebat di bandar raya ini, pada Selasa.
Difahamkan, paras air yang naik terlalu cepat turut menenggelamkan kebanyakan jalan raya sekaligus menjejaskan kawasan perumahan.
Lebih 10 orang diselamatkan selepas terkandas di dalam bangunan, manakala beberapa stesen kereta api bawah tanah terpaksa ditutup.
Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu berkata, hujan membawa kira-kira 130 liter air bagi setiap meter persegi dalam masa kurang tiga jam.
Sementara itu, di barat laut Turkiye, dua pelancong dihanyutkan arus deras yang melanda tapak perkhemahan.
Empat lagi hilang selepas banjir kilat melanda tapak perkhemahan di wilayah Kirklareli, berhampiran sempadan Bulgaria.
Lima lagi disahkan terkorban di sempadan Turki-Greece dan Bulgaria.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








