BERITA SEMASADALAM NEGERI
Banjir Sabah: 483 orang masih berlindung di PPS pagi ini
KOTA KINABALU – Sebanyak 483 orang daripada 182 keluarga terjejas banjir di Sabah masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah itu menurun berbanding 557 orang daripada 172 keluarga berdasarkan rekod pada 8 malam tadi.
“Kesemua mangsa yang merupakan penduduk dari 93 kampung di Beaufort itu ditempatkan di PPS Dewan Dun Banir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di Sabah pagi ini, namun beberapa tempat di kawasan pedalaman dijangka mengalami ribut petir serta hujan pada sebelah petang dan malam.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








