BERITA SEMASADALAM NEGERI

Jumlah mangsa banjir di lapan negeri mencecah 20,000 orang pagi ini

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir terus meningkat apabila seramai 19,422 orang dipindahkan ke 112 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri setakat pukul 6 pagi tadi.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 16,201 mangsa yang direkodkan semalam, sekali gus menggambarkan situasi banjir masih belum menunjukkan tanda reda.

Kelantan kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 9,981 mangsa, diikuti Perlis (2,644), Perak (2,604) dan Selangor (2,119).


Selain itu, Kedah mencatat 1,576 mangsa, Pulau Pinang (377), Terengganu (98) dan Pahang (23).

NADMA turut memaklumkan bahawa tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa negeri pagi ini.

Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk daerah tertentu di Selangor, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut METMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat petunjuk awal pembentukan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, yang hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button