BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kerajaan tidak arah siasatan ke atas Bloomberg

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak pernah mengarahkan siasatan diambil terhadap agensi berita luar negara, Bloomberg berhubung laporan pembukaan kasino di Forest City, Johor.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, tindakan pihak polis memanggil wakil media itu merupakan proses biasa setiap kali ada laporan polis dibuat.

“Laporan polis dibuat ke atas Bloomberg melalui sebuah firma guaman yang mewakili syarikat Berjaya Corperation Berhad pada 26 April yang lalu.

“Pihak kerajaan dan MCMC tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menyiasat media tersebut,” katanya disini hari ini.

Sebelum ini Bloomberg telah menerbitkan satu artikel mengenai perancangan pembangunan kasino di Forest City yang melibatkan kerajaan dengan nilai projek mencecah RM470 bilion.

Laporan itu mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah bertemu dengan pengasas Berjaya, Vincent Tan, dan Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting untuk membincangkan perkara itu.

Wakil media antarabangsa itu baru-baru ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button