JENAYAH & MAHKAMAH

Insiden wanita dibakar dipercayai bermotifkan dendam peribadi

KUALA LUMPUR – Insiden seorang wanita warga emas disimbah petrol lalu dibakar seorang lelaki di sebuah kedai nombor ramalan di Kepong, di sini, 9 Ogos lalu dipercayai bermotifkan dendam peribadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berusia 59 tahun mengenali mangsa dan siasatan awal mendapati dia tidak berpuas hati berkaitan nombor ramalan.

BACA JUGA:
Suspek bakar wanita berjaya ditahan tengah hari tadi
Wanita parah dibakar hidup-hidup, Ahli Parlimen Kepong tawar ganjaran RM5,000 bantu kesan suspek
Wanita warga emas melecur dibakar suspek tidak dikenali

Menurutnya, suspek dan mangsa dipercayai sekadar mengenali antara satu sama lain dan tidak mempunyai hubungan rapat.

Fadil turut memberitahu, mangsa kini masih ditidurkan dan dirawat susulan kecederaan yang dialami.

“Sebagai makluman, siasatan setakat ini menunjukkan motif kejadian berpunca daripada dendam peribadi. Kes sebegini sangat jarang berlaku, tindakan membakar orang adalah satu kekerasan yang melampau.

“Selepas berjaya menahan suspek, polis sedang melengkapkan siasatan dan mengumpulkan semua bahan bukti,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut memberitahu, suspek ditahan di sekitar Kepong, di sini, semalam dan permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu melengkapkan siasatan.

Katanya, siasatan lebih mendalam sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya ada motif lain berhubung tindakan lelaki itu.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang wanita warga emas melecur 50 peratus selepas disimbah cecair dipercayai petrol lalu dibakar di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button