Empat kanak-kanak jatuh longkang, dua maut di lokasi kejadian
KULIM – Dua daripada empat kanak-kanak lelaki dilaporkan maut selepas mereka terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, mangsa yang maut masing-masing berusia lingkungan 12 tahun.
Dua lagi mangsa berusia lapan dan 11 tahun dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu pada pukul 7.30 malam.
“Anggota Balai Polis Sungai Karangan telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati dua mangsa lelaki telah dibawa ke hospital, manakala dua lagi meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, keadaan terkini dua kanak-kanak yang dibawa ke hospital masih belum diketahui.
Sementara itu, video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa individu membantu mengeluarkan mangsa dari longkang dan kawasan kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








