Kanak-kanak 9 tahun maut dipercayai jatuh dari tingkat 13
AMPANG JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan di Taman Cahaya Ampang, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistan Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang wanita tempatan pada pukul 7.45 malam.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada pukul 7.42 malam oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berada seorang diri ketika kejadian berlaku.
Katanya, bedah siasat dijalankan di Hospital Ampang pada pukul 9 pagi tadi bagi mengenal pasti punca kematian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















