BERITA SEMASA

Jabatan Pembangunan Kanak-kanak penyelesaian terbaik tangani isu pengabaian, penderaan

PUTRAJAYA – Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang ditubuhkan berkuat kuasa 1 Sept lepas merupakan penyelesaian terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin meruncing.

Jabatan tersebut ditubuhkan bagi menggantikan Bahagian Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

“Jabatan ini diyakini berupaya memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat, khususnya kanak-kanak berlandaskan kepada lima teras utama, iaitu pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian ke dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, jabatan itu telah meluluskan 169 perjawatan kontrak daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred untuk tahun ini.

Ia adalah bagi memastikan kecekapan dan perkhidmatan yang efektif serta profesional dapat diberikan demi kesejahteraan kanak-kanak di negara ini.

Penubuhan jabatan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Februari lepas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button