JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi

KLANG – Seorang lelaki yang cedera parah selepas ditembak di sebuah stesen minyak berhampiran Bukit Tinggi di sini malam semalam disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 11.13 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 34 tahun dan tidak bekerja.

“Suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah bahagian hadapan kereta mangsa sehingga mengenai dada dan perutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Aminuddin Mahadi di talian 013-2104006 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di 03-3376 2222,” katanya lagi.

Terdahulu, beberapa rakaman video kejadian itu tular di media sosial memaparkan mangsa terbaring berlumuran darah di lokasi kejadian.

Polis serta pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian dilihat mengawal kawasan berkenaan sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button