Wanita terjun kereta di Sungai Petani, polis tahan lelaki berusia 31 tahun
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang dipercayai menjadi punca seorang wanita terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak di Lencongan Timur di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 0.19 saat memaparkan seorang wanita yang melarikan diri selepas keluar dari kereta yang masih bergerak sebelum dikejar suspek.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323/184A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
“Berikutan itu, polis menahan lelaki berusia 31 tahun itu pada jam 8.40 malam tadi untuk membantu siasatan.
“Susulan itu, suspek direman dua hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam rakaman video papan pemuka yang tular di media sosial, seorang wanita dipercayai bertindak nekad terjun dari kereta kerana pergaduhannya dengan seorang lelaki.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








