JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu lori maut disyaki dibunuh adik sendiri

HULU SELANGOR – Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas dipercayai membunuh abang kandungnya yang merupakan seorang pemandu lori dalam satu pergaduhan di Kuala Kubu Bharu, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M. Manimaran berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa, lelaki tempatan berusia 29 tahun, mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Suspek yang merupakan adik mangsa berjaya ditahan sejurus selepas kejadian bagi membantu siasatan.

“Mahkamah telah membenarkan suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manimaran berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Bagaimanapun, keputusan ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah.

Beliau berkata, dengan penahanan suspek, polis percaya kes pembunuhan tersebut berjaya diselesaikan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan sebarang perlakuan jenayah kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button