BERITA SEMASA

6 ekor lembu lintas jalan mati dirempuh treler

ALOR GAJAH – Sebanyak enam ekor lembu mati akibat dirempuh sebuah treler dalam satu kemalangan di Jalan Cherana Putih, di sini, pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 pagi, pemandu treler berusia 33 tahun itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan daripada rempuhan itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya melalui siasatan awal mendapati treler tersebut dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Taman Bukit Tampin.

“Setiba di lokasi kejadian terdapat sekumpulan lembu yang melintas dari arah kiri jalan.

“Namun pemandu yang beralamat di Taman Bukit Tampin tidak dapat mengelak lalu melanggar kumpulan binatang ternakan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas beliau, rempuhan itu mengakibatkan kematian enam ekor lembu manakala kenderaan berat itu pula mengalami kerosakan iaitu di bahagian bumper dan lampu depan.

Sementara itu, beliau turut berkata Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah dikerahkan ke lokasi dan lembu terbabit berjaya dialihkan daripada lokasi kejadian itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button