BERITA SEMASA

Budak perempuan 4 tahun maut jatuh tingkat 16

PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Presint 9, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Katanya, mangsa ditinggalkan bersendirian sewaktu kejadian berlaku kerana bapanya keluar menghantar anak sulung ke sekolah sementara ibunya pula keluar bekerja.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama.

“Rutin harian kebiasaan mangsa akan tinggal sendirian sementara masih tidur sebelum dihantar ke taska terletak di blok bawah apartmen terbabit,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan.

Setakat ini, katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara sedang menunggu laporan bedah siasat.

Sebelum ini, tular beberapa gambar di aplikasi WhatsApp memaparkan kejadian seorang kanak-kanak terlantar di atas jalan raya sekitar bangunan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button