JENAYAH & MAHKAMAH

Budak perempuan dua tahun meninggal dunia dihempap tiang pagar rumah

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat cedera parah di kepala selepas dipercayai dihempap tiang konkrit pagar rumah di Taman Bukit Kristal, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian berlaku pukul kira-kira pukul 7.15 malam ketika mangsa dikatakan sedang bermain dengan kakaknya sebelum tiang berkenaan rebah lalu menghempapnya.

Tambahnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan.

“Ibu mangsa segera membawanya ke HTJ, namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pukul 9.14 malam,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Mohamad Hatta kemudiannya berkata, hasil bedah siasat di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau mendapati, punca kematian akibat kecederaan di kepala kesan hentakan objek berat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button