BERITA SEMASA

Mael XPDC meninggal dunia

CYBERJAYA – Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC dilaporkan meninggal dunia di Hospital Muar pada kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Berita kematian Allahyarham dimaklumkan sendiri oleh anaknya, Sharifah Irfatasha.

“Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam,” kata Irfatasha menerusi mesej Whatsapp yang diterima.

Berita duka tersebut turut dikongsikan di akaun Facebook milik pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, yang memetik pemberitahuan daripada pengurus kumpulan terbabit, Yazid.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Terima berita dari pengurus XPDC, Bro Yazid… Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi.

“Semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah,” ujarnya dalam hantaran itu.

Pada Ogos 2019, Mael pernah dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak. DI Hospital Muar juga, beliau menerima rawatan hingga keadaannya kembali pulih.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button