BERITA SEMASA

KPM sediakan sokongan psikososial kepada keluarga pelajar Tahun Satu meninggal dunia di sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan sokongan psikososial kepada keluarga dan warga sekolah susulan kematian seorang murid perempuan berusia tujuh tahun di sebuah sekolah di Dengkil, Sepang, semalam.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, tumpuan ketika ini adalah memastikan kebajikan keluarga mangsa dan warga sekolah yang terkesan terus diberikan perhatian.

BACA JUGA:
Murid Tahun Satu meninggal dunia, alami kesukaran bernafas di kelas

“Di peringkat KPM, kita sudah pun mengambil langkah terutamanya sokongan psikososial kepada keluarga dan juga warga sekolah.

“Ketua Polis Daerah Sepang juga telah membuat kenyataan dan kami akan mengikuti perkembangan kes berkenaan berdasarkan hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Fadhlina berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Penataran Literasi Akta Antibuli 2026 di Institut Pendidikan Guru Malaysia, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil, semalam.

Mangsa kemudian diberikan bantuan awal pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut dengan siasatan lanjut masih dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button