BERITA SEMASA
Bapa kepada Amir Raja Lawak meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bapa kepada Amir Raja Lawak, Azmi menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi selepas bertarung dengan penyakit kanser usus.
Berita duka itu dikongsi oleh Amir menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi (Abe Mie USM) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.
“Apa-apa urusan saya akan bagitahu balik kat Facebook ini.
“Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, amin,” tulisnya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








