BERITA SEMASA

Lebih 1,000 kunjungi Program Jualan Rahmah Parlimen Nibong Tebal

NIBONG TEBAL – Lebih 1,000 pengunjung menghadiri Program Jualan Rahmah Parlimen Nibong Tebal yang diadakan perkarangan Dewan Serbaguna MPKK Seri Ampangan, di sini hari ini.

Program yang dianjurkan secara bersama antara Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal dan Yayasan Rahmah Malaysia itu menawarkan jualan barangan keperluan harian pada harga lebih murah.

Program ini diadakan dengan tujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Antara barangan yang dijual termasuk ayam segar, ikan, telur, beras dan minyak masak.

Selain itu program ini turut dimeriahkan dengan penganjuran reruai agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang turut mengadakan perkhidmatan kaunter bagi memudahkan orang ramai.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut hadir ke program ini bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada golongan B40 dan asnaf serta bermesra dengan pengunjung.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, penganjuran program ini merupakan satu komitment pihaknya dalam meringankan beban masyarakat setempat.

“Program ini dianjurkan khusus untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Ia (juga) adalah komitmen berterusan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal untuk membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button