BERITA SEMASA

113 pelarian dibenarkan bergerak ke KL, Selangor, Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Kesemua 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak kelmarin, telah dibenarkan bergerak ke tiga negeri selepas selesai proses dokumentasi dijalankan polis.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, angka itu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri kepada ketua komuniti Rohingya, seorang pelarian Iraq dan seorang pelarian Somalia telah dipindahkan ke destinasi yang ditetapkan oleh pertubuhan bukan kerajaan dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Pergerakan mereka melibatkan tiga destinasi iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, dengan kebanyakan mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemilihan lokasi penempatan dibuat berdasarkan keberadaan kenalan serta ahli keluarga pelarian di negeri-negeri berkenaan.

“Daripada jumlah keseluruhan, seramai 66 orang ditempatkan di Kuala Lumpur, 29 orang di Selangor dan 18 orang di Pulau Pinang,” jelas beliau.

Sebelum dibenarkan meninggalkan lokasi itu, kesemua pelarian tersebut menjalani proses dokumentasi bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 4.30 petang semalam.

Fadil kermuadiannya menambah, sepanjang proses dokumentasi berlangsung, seramai tujuh wakil Malaysian Relief Agency (MRA) turut hadir menyalurkan bantuan makanan tengah hari serta menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap kumpulan pelarian terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button