BERITA SEMASA

5,000 pelarian Myanmar akan dihantar pulang menaiki kapal

KUALA LUMPUR – Proses penghantaran pulang pelarian Myanmar daripada negara ini akan dilaksanakan dengan menggunakan kapal.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika beliau menemui rakan sejawatnya dari Myanmar, lapor BH Online.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang akan menanggung kos penghantaran pulang itu kerana Wisma Putra hanya merupakan pemudah cara proses terbabit.

Menurutnya, proses penghantaran pulang perlu disegerakan kerana 5,000 pelarian Myanmar itu sudah dikenal pasti.

“Tetapi, isunya adalah keselamatan 5,000 pelarian ini. Itu kita tegaskan, apakah mereka selamat apabila dihantar balik? Apa akan terjadi kepada mereka? Itu perlu juga difikirkan,” katanya selepas menghadiri Sambutan Hari ASEAN ke-59 di Wisma Putra, Putrajaya.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelariannya di Malaysia, hasil rundingan diplomatik dan hubungan baik antara kedua-dua negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button