BERITA SEMASA

Jururawat maut, pacuan 4 roda dipandu terjunam ke sungai

RANAU – Seorang jururawat maut selepas pacuan empat roda dipandunya terjunam ke dalam sungai selepas merempuh penghadang jambatan di Kilometer 20 Jalan Ranau-Telupid, di sini, tengah hari Ahad.

Mangsa, Nancy Kitingon, 47, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan selepas ditemukan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud berkata, kemalangan kira-kira pukul 12.58 tengah hari itu membabitkan kenderaan Isuzu D-Max yang dipandu mangsa dari arah Telupid.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan itu dipercayai terbabas sebelum merempuh penghadang di sebelah kiri jambatan dan terjunam ke sungai dalam keadaan terbalik. Penduduk kampung kemudian tampil memberikan bantuan.

“Kenderaan mangsa dipercayai berada dalam keadaan terbalik sebelum penduduk kampung tampil memberikan bantuan.

“Mangsa yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button